
Risks of Headphones & Earbuds
Do You Frequently Use Headphones & Earbuds? Here Are the Hearing Risks Many Don’t Realize.
Did you know that excessive use of headphones and earbuds can increase the risk of hearing problems?
Are Headphones Dangerous for Hearing?
The answer: They can be dangerous if not used cautiously.
Headphones and earbuds deliver sound directly into the ear. If the sound is too loud or used for too long, it can damage the delicate cells in the cochlea responsible for processing sound.
Even more concerning, this damage often occurs gradually and goes unnoticed.
What Is a Safe Sound Level for Your Ears?
A safe sound level is below 80 decibels (dB).
However, most headphones can reach up to 100–105 dB at maximum volume. Long-term exposure to sounds exceeding 85 dB can lead to permanent hearing loss.
If people around you can hear the sound coming from your headphones, it is a sign that the volume is too loud and unsafe.
How to Use Headphones Safely
You can still use headphones, but using them correctly makes it safer:
-
Follow the 60/60 rule
Listen at 60% volume for a maximum of 60 minutes per session.
- Limit usage duration
Take a break every hour to give your ears a rest.
- Avoid excessive volume.
Ensure you can still hear ambient sounds.
-
Use alternatives like speakers
Speakers reduce the direct sound pressure on the eardrum.
Conclusion: Protect Your Hearing Starting Now
Hearing loss is no longer an issue that affects only the elderly. Given today’s risky lifestyle habits, anyone is at risk—including young people.
Practice cautious headphone use and limit exposure to loud noises to safeguard your long-term ear health.
Hearing damage is often irreversible; therefore, early prevention is the best approach.
If you notice any changes in your hearing, take action now to undergo a hearing test and assess your hearing status. Book your appointment today for a comprehensive check-up.
__________________________________________________________________________________________
Risiko Headphone & Earbud
Kerap Memakai Headphone & Earbud? Ini Risiko Masalah Pendengaran Yang Ramai Tak Sedar
Tahukah anda, penggunaan headphone dan earbud secara berlebihan boleh meningkatkan risiko masalah pendengaran?
Ramai menganggap masalah pendengaran hanya berlaku kepada golongan berusia. Namun, realitinya, semakin ramai golongan muda mengalami masalah ini akibat pendedahan kepada bunyi kuat setiap hari.
Penggunaan headphone untuk mendengar muzik, menonton video atau bermain game dalam tempoh yang lama boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan telinga—lebih-lebih lagi jika digunakan pada volume tinggi.
Adakah Headphone Bahaya Untuk Pendengaran?
Jawapannya: Boleh menjadi bahaya jika tidak digunakan dengan waspada.
Headphone dan earbud menghantar bunyi terus ke dalam telinga. Jika bunyi terlalu kuat atau digunakan terlalu lama, ia boleh merosakkan sel-sel halus dalam koklea yang berfungsi untuk memproses pendengaran.
Lebih membimbangkan, kerosakan ini biasanya berlaku secara perlahan tanpa disedari.
Apakah Tahap Bunyi Yang Selamat Untuk Telinga?
Tahap bunyi yang selamat adalah di bawah 80 desibel (dB).
Namun, kebanyakan headphone mampu mencecah sehingga 100–105 dB pada volume maksimum. Pendedahan kepada bunyi melebihi 85 dB dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan masalah pendengaran kekal.
Jika orang di sekeliling anda boleh mendengar bunyi daripada headphone anda, itu petanda volume terlalu kuat dan tidak sihat.
Cara Penggunaan Headphone Dengan Selamat
Anda masih boleh menggunakan headphone, tetapi dengan cara yang betul lebih selamat:
- Gunakan kaedah 60/60
Dengar pada 60% volume, maksimum 60 minit setiap sesi.
- Kurangkan tempoh penggunaan.
Ambil rehat setiap 1 jam untuk memberi peluang telinga berehat.
- Elakkan bunyi terlalu kuat.
Pastikan anda masih boleh mendengar bunyi persekitaran.
- Gunakan alternatif seperti speaker
Speaker mengurangkan tekanan bunyi terus ke gegendang telinga.
Kesimpulan: Lindungi Pendengaran Anda Dari Sekarang
Masalah pendengaran bukan lagi isu golongan tua warga emas sahaja. Dengan gaya hidup hari ini yang berbahaya, sesiapa sahaja berisiko—termasuk golongan muda.
Amalkan penggunaan headphone secara waspada dan kawal pendedahan kepada bunyi kuat untuk menjaga kesihatan telinga anda dalam jangka masa panjang.
Pendengaran yang rosak selalunya tidak boleh dipulihkan sepenuhnya. Jadi, pencegahan awal adalah langkah terbaik.
Jika anda mula perasan sebarang perubahan pada pendengaran, ambil langkah sekarang untuk membuat ujian pendengaran dan kenal pasti tahap pendengaran anda. Tempah slot anda hari ini untuk pemeriksaan lanjut.


