5 Common Mistakes Made by New Hearing Aid Users
Avoid these five common mistakes to get the clearest sound and longest life out of your new digital hearing aids. If you are a first-time hearing aid wearer, learning proper hearing aid maintenance early prevents frustration and ensures successful hearing loss treatment.
Here are five common mistakes new hearing aid users make and how you can avoid them:
1. Incorrect Earmould Insertion
When new users do not insert the earmould correctly, they will not be able to hear speech and environmental sounds clearly.
The Issue: The sound will not travel fully into the ear canal. Instead, some of the sound escapes, which causes a whistling noise known as feedback. If it is loud enough, this noise can be heard by both the user and people nearby.
The Solution: It is highly important to insert the earmould properly to ensure sound propagates correctly into the ear, providing better speech understanding. It is completely normal for new hearing aid users to need some time to practice inserting them slowly. Practice makes perfect!
2. Mismanaging Disposable and Rechargeable Batteries
Understanding how your hearing aid is powered is crucial for consistent hearing aid performance.
Disposable Batteries: These come in four standard sizes: 10, 312, 13, and 675. Their lifespan varies by size but can also be shortened by:
Daily Usage: Wearing the hearing aid for longer periods, such as more than 8 hours a day.
Noise Exposure: When you spend a lot of time in noisy environments, internal components like the microphone, processor, and noise-reduction features have to work harder to filter out background noise and amplify speech.
Bluetooth Connectivity: Direct streaming for phone calls and music drains the battery faster. For example, streaming for more than 5 hours can significantly reduce the expected battery life.
Average Lifespan by Battery Size:
Size 10: About 1 week or less.
Size 312: About 1 to 1.5 weeks.
Size 13: About 2 weeks or less.
Size 675: About 2 to 3 weeks or less.
Tip: Change your disposable batteries regularly according to these lifespans so your hearing aid always performs at its best.
Rechargeable Hearing Aids: It is highly encouraged to charge your rechargeable hearing aids every day, or at least once every two days, to preserve the battery’s overall lifespan.
3. Not Dehumidifying the Hearing Aid Enough
Moisture is one of the biggest enemies of electronic devices. Daily hearing aid care and maintenance is required to protect your investment.
The Routine: Every night, or whenever you are not wearing your hearing aids, it is highly recommended to place them inside a drying jar with a dry capsule.
How It Works: The dry capsule absorbs all the moisture and sweat that accumulates inside the hearing aid during the day.
Maintenance: A fresh dry capsule is orange. Once it turns colorless, it has fully served its purpose and must be replaced with a new one. An electrical dryer usage is really recommended for patients who sweat heavily.
4. Not Wearing the Hearing Aid Enough Each Day
Many new users do not wear their devices long enough for their brains to adapt.
The Goal: It is highly advisable to wear your hearing aids every single day for at least 8 hours to allow for proper acclimatization. Constant use is vital to stimulate the hair cells so the brain can relearn how to process speech and surrounding sounds.
How to Build the Habit: If you wear a hearing aid for the first time, it is best to start by wearing them for 3 hours a day for the first week. Slowly increase the duration week by week until you successfully hit the target of 8 hours a day.
5. Skipping the First Follow-Up Evaluation
A hearing aid fitting is just the first step; fine-tuning is almost always necessary.
A certified audiologist will typically schedule your first follow-up appointment about 2 weeks to 1 month after your initial fitting date.
Why It Matters: This follow-up allows the audiologist to evaluate your usage and see how well you are adapting to the devices.
Adjustments: If you feel uncomfortable with the initial sound settings, the audiologist can fine-tune the devices during this visit. Achieving the perfect hearing aid setting requires regular follow-ups from time to time.
Ready to get the best out of your new devices? Book a professional tuning session at your nearest Audiolab Hearing Care Centre branch today for personalized care and support.
__________________________________________________________________________________________
5 Kesilapan Lazim Pengguna Baharu Alat Bantu Pendengaran
Elakkan lima kesilapan lazim ini untuk mendapatkan kualiti bunyi paling jelas dan jangka hayat maksimum bagi alat bantu pendengaran digital baharu anda. Jika anda baru pertama kali menggunakan alat bantu pendengaran, mempelajari cara penjagaan yang betul sejak awal dapat mengelakkan kekecewaan serta memastikan kejayaan rawatan masalah pendengaran.
Berikut adalah lima kesilapan lazim yang sering dilakukan oleh pengguna baharu alat bantu pendengaran dan cara untuk mengelakkannya:
1.Memasang Acuan Telinga (Ear Mold) dengan Salah
Apabila pengguna baharu tidak memasang acuan telinga dengan betul, mereka tidak akan dapat mendengar pertuturan dan bunyi persekitaran dengan jelas.
Masalahnya: Bunyi tidak akan disalurkan sepenuhnya ke dalam saluran telinga. Sebaliknya, sebahagian bunyi akan terkeluar, menyebabkan bunyi bersiul yang dikenali sebagai *feedback* (maklum balas bunyi). Jika bunyinya cukup kuat, ia boleh didengari oleh pengguna serta orang di sekeliling.
Penyelesaiannya: Adalah sangat penting untuk memasang acuan telinga dengan betul bagi memastikan bunyi disalurkan dengan sempurna ke dalam telinga, sekali gus memberikan kefahaman pertuturan yang lebih baik. Adalah perkara biasa bagi pengguna baharu untuk mengambil sedikit masa bagi berlatih memasangnya secara perlahan-lahan. Latihan menjadikan pemasangan lebih sempurna!
2.Pengurusan Bateri Pakai Buang dan Bateri Boleh Cas Semula yang Kurang Tepat
Memahami cara alat bantu pendengaran anda dikuasakan adalah penting untuk memastikan prestasi yang konsisten.
Bateri Pakai Buang: Bateri ini hadir dalam empat saiz standard: 10, 312, 13, dan 675. Jangka hayatnya berbeza mengikut saiz tetapi boleh menjadi lebih singkat disebabkan oleh:
Penggunaan Harian: Memakai alat bantu pendengaran untuk tempoh yang lama, contohnya lebih daripada 8 jam sehari.
Pendedahan kepada Bunyi Bising: Apabila anda berada lama dalam persekitaran yang bising, komponen dalaman seperti mikrofon, pemproses, dan ciri pengurangan hingar perlu bekerja lebih keras untuk menapis bunyi latar belakang serta menguatkan bunyi pertuturan.
Sambungan Bluetooth: Penstriman terus untuk panggilan telefon dan muzik akan mempercepatkan penggunaan bateri. Sebagai contoh, penstriman selama lebih daripada 5 jam boleh mengurangkan jangka hayat bateri yang dijangkakan secara ketara.
Purata Jangka Hayat Mengikut Saiz Bateri:
Saiz 10: Kira-kira 1 minggu atau kurang.
Saiz 312: Kira-kira 1 hingga 1.5 minggu. Saiz 13: Kira-kira 2 minggu atau kurang.
Saiz 675: Kira-kira 2 hingga 3 minggu atau kurang.
Tip: Tukar bateri pakai buang anda secara berkala mengikut jangka hayat ini supaya alat bantuan pendengaran anda sentiasa berfungsi pada tahap optimum.
Alat Bantuan Pendengaran Jenis Boleh Cas Semula: Anda amat digalakkan untuk mengecas alat bantuan pendengaran jenis boleh cas semula setiap hari, atau sekurang-kurangnya sekali setiap dua hari, bagi mengekalkan jangka hayat keseluruhan bateri.
3. Tidak Menyahlembapkan Alat Bantu Pendengaran dengan Secukupnya
Kelembapan merupakan salah satu musuh utama peranti elektronik. Penjagaan dan penyelenggaraan harian alat bantu pendengaran diperlukan untuk melindungi pelaburan anda.
Rutin: Setiap malam, atau apabila anda tidak memakai alat bantu pendengaran, anda amat digalakkan untuk menyimpannya di dalam bekas pengering yang dilengkapi kapsul pengering.
Cara Ia Berfungsi: Kapsul pengering menyerap segala kelembapan dan peluh yang terkumpul di dalam alat bantu pendengaran sepanjang hari.
Penyelenggaraan: Kapsul pengering yang baharu berwarna jingga. Apabila warnanya hilang (menjadi lutsinar), ia telah menjalankan fungsinya sepenuhnya dan perlu digantikan dengan yang baharu. Penggunaan alat pengering elektrik amat disyorkan bagi pengguna yang banyak berpeluh.
4. Tidak Memakai Alat Bantu Pendengaran dengan Cukup Lama Setiap Hari
Ramai pengguna baharu tidak memakai peranti mereka cukup lama untuk membolehkan otak menyesuaikan diri.
Matlamat: Anda amat digalakkan untuk memakai alat bantu pendengaran setiap hari selama sekurang-kurangnya 8 jam bagi membolehkan proses penyesuaian yang sewajarnya berlaku. Penggunaan yang konsisten adalah penting untuk merangsang sel-sel rambut supaya otak dapat mempelajari semula cara memproses pertuturan dan bunyi di sekeliling.
Cara Membina Tabiat: Jika anda baru pertama kali menggunakan alat bantu pendengaran, sebaiknya mulakan dengan memakainya selama 3 jam sehari pada minggu pertama. Tingkatkan tempoh masa secara beransur-ansur dari minggu ke minggu sehingga anda berjaya mencapai sasaran 8 jam sehari.
5. Tidak Menghadiri Sesi Penilaian Susulan Pertama
Proses pemasangan alat bantu pendengaran hanyalah langkah permulaan; pelarasan halus hampir sentiasa diperlukan.
Audiologis bertauliah biasanya akan menetapkan janji temu susulan pertama kira-kira 2 minggu hingga 1 bulan selepas tarikh pemasangan awal.
Kepentingannya: Sesi susulan ini membolehkan audiologis menilai penggunaan anda dan melihat sejauh mana anda menyesuaikan diri dengan peranti tersebut.
Pelarasan: Jika anda berasa kurang selesa dengan tetapan bunyi awal, audiologis boleh melakukan pelarasan halus pada peranti semasa kunjungan ini. Mendapatkan tetapan alat bantu pendengaran yang sempurna memerlukan sesi susulan secara berkala dari semasa ke semasa.
Bersedia untuk memanfaatkan sepenuhnya alat pendengaran baharu anda? Tempah sesi pelarasan (tuning) profesional di cawangan Audiolab Hearing Care Centre yang berhampiran hari ini untuk mendapatkan penjagaan dan sokongan yang khusus untuk keperluan anda.


