Skip to main content
Articles

Reasons Why Hearing Gets Weaker As We Age

By 2 June 2026June 6th, 2026No Comments

5 Reasons Why Hearing Gets Weaker as We Age

Hearing problems are often associated with the elderly. Statistics from the World Health Organization (WHO) show that almost 30% of the elderly population aged 65 and above experience hearing problems.

This problem can cause difficulty hearing conversations, especially in noisy places or when interacting with family members and friends.

These are among the five reasons why hearing gets weaker as we age:

  1. Presbycusis

Presbycusis is a hearing problem that occurs due to age factors. Inside the ear, there is a cochlea which is the hearing organ for humans. While in the cochlea, there are fine hair cells that function to detect sound. As we age, these cells are at risk of being damaged or dying and cannot grow back. This causes the sound to become less clear.

  1. Long-term Exposure to Loud Noise

Patients who have a history of exposure to noise, especially during work and recreational activities such as using headphones or earphones with a loud and continuous volume, have a higher risk of experiencing hearing problems. Hearing problems caused by exposure to noise usually become noticeable after 10-15 years of slow exposure. In fact, this effect becomes more pronounced with age.

  1. Changes in the Auditory Nerve

The ear and auditory nerve are the main components of the human hearing system. The ear detects sound and the sound signal is sent to the brain via the human auditory nerve. In general, as we age, the function of the nerves in the human body will decline. The same is true of the auditory nerve. As we age, the ability of these nerves decreases and subsequently makes it difficult for the brain to interpret sounds clearly.

This condition often causes a person to have difficulty following conversations in a noisy environment even though they can still hear the sound. Find out how this problem can affect social experiences in the article Anxiety During Aidilfitri Open Houses: When Hearing Becomes a Challenge.

  1. Earwax Accumulation

Senior citizens are more likely to experience earwax accumulation which can cause the ear canal to become blocked and prevent sound from reaching the eardrum.

  1. Health Problems

Diseases such as diabetes and high blood pressure can affect blood flow to the ears and can cause hearing problems to occur.

If you or a family member begins to experience difficulty hearing, difficulty hearing speech, or need to ask people to repeat themselves frequently, consider having a hearing test to identify the cause early.

__________________________________________________________________________________________

5 Sebab Pendengaran Semakin Lemah Apabila Meningkat Usia

Masalah pendengaran yang berlaku sering dikaitkan dalam kalangan warga emas. Statistik daripada World Health Organization (WHO) menunjukkan hampir 30% daripada populasi warga emas yang berumur 65 tahun ke atas mengalami masalah pendengaran.

Masalah ini boleh menyebabkan kesukaran mendengar perbualan, terutamanya di tempat yang bising atau ketika berinteraksi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Ini antara lima sebab pendengaran semakin lemah apabila meningkat usia:

  1. Presbycusis

Presbycusis adalah masalah pendengaran yang berlaku disebabkan faktor usia. Di dalam telinga, terdapat koklea yang merupakan organ pendengaran bagi manusia. Manakala di dalam koklea, terdapat sel rambut halus yang berfungsi untuk mengesan bunyi. Apabila usia meningkat, sel ini berisiko untuk rosak atau mati dan tidak boleh tumbuh semula. Ini menyebabkan bunyi menjadi kurang jelas.

  1. Pendedahan Yang Lama Kepada Bunyi Kuat

Pesakit yang mempunyai sejarah pendedahan terhadap bunyi bising terutamanya ketika bekerja dan aktiviti rekreasi seperti penggunaan headphone atau earphone dengan volume yang kuat dan berterusan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah pendengaran. Masalah pendengaran disebabkan terdedah kepada bunyi bising kebiasaannya boleh dilihat kesan selepas 10-15 tahun pendedahan secara perlahan. Malah, kesan ini menjadi lebih ketara apabila usia meningkat.

  1. Perubahan Pada Saraf Pendengaran

Telinga dan saraf pendengaran adalah komponen utama dalam sistem pendengaran manusia. Telinga akan mengesan bunyi dan isyarat bunyi dihantar ke otak melalui saraf auditori manusia. Secara umumnya, apabila meningkat usia, fungsi saraf pada tubuh manusia akan mengalami penurunan. Begitu juga dengan saraf pendengaran. Apabila usia meningkat,  keupayaan saraf ini menurun dan seterusnya menyebabkan otak sukar mentafsir bunyi dengan jelas.

Keadaan ini sering menyebabkan seseorang sukar mengikuti perbualan dalam suasana yang bising walaupun mereka masih boleh mendengar bunyi. Ketahui bagaimana masalah ini boleh menjejaskan pengalaman sosial dalam artikel Kegelisahan Ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri: Apabila Pendengaran Menjadi Cabaran.

  1. Pengumpulan Tahi Telinga (Earwax)

Warga emas lebih cenderung mengalami pengumpulan tahi telinga yang boleh menyebabkan saluran telinga tersumbat dan menghalang bunyi daripada sampai ke gegendang.

  1. Masalah Kesihatan 

Penyakit seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi boleh menjejaskan aliran darah ke telinga dan boleh menyebabkan masalah pendengaran berlaku.

Jika anda atau ahli keluarga mula mengalami kesukaran mendengar, kurang jelas mendengar percakapan, atau perlu meminta orang mengulangi percakapan dengan kerap, pertimbangkan untuk menjalani pemeriksaan pendengaran bagi mengenal pasti puncanya lebih awal.