Skip to main content
Articles

Hearing Test In Kuala Lumpur : When To Get Tested, Test Procedures And Costs.

By 1 May 2026May 12th, 2026No Comments

Hearing Test In KL : When To Get Tested, Test Procedures And Costs.

Are you experiencing symptoms such as hearing loss, ringing in the ears, or difficulty understanding speech, especially in noisy places? Hearing problems like this are among the early signs that are often ignored by many Malaysians, especially when they occur slowly. Wondering if you actually have early signs of hearing problems? Check out 7 Signs You May Have a Hearing Problem.

Therefore, you are advised to undergo a hearing test to find out your hearing level more accurately.

Audiolab Hearing Solutions Sdn Bhd is a hearing aid center and hearing center that provides complete services including hearing tests and hearing aid consultations for you or your family members. Through this consultation, the audiologist will advise whether or not you need to wear hearing aids. Next, the selection of the type and price of hearing aids is made based on your needs and budget.

For those of you who are in Kuala Lumpur, Audiolab Hearing Solutions Sdn Bhd has a branch located opposite Hospital Kuala Lumpur (HKL) as well as near several famous private hospitals. The location is also easily accessible via public transport such as buses, taxis and MRT (HKL Station). For your convenience, various patient-friendly facilities are also provided such as parking, wheelchair access, and an OKU-friendly environment.

If you are not in Kuala Lumpur, you can also get hearing services from our certified audiologists at any of the 23 Audiolab branches throughout Malaysia.

Hearing Test Procedure: How is The Hearing Test Performed?

Hearing tests are conducted by certified audiologists registered under the Malaysian Allied Health Professions Council. (MAHPC).

Typically, the hearing test process begins with a patient history taking session, where the audiologist will ask a few simple questions about your hearing—for example, when the problem started, situations that make it difficult to hear, and ear health history.

This information is important to help the audiologist determine the most suitable hearing test for you. Next, the audiologist will perform an ear examination (otoscopic) to see the condition of the ear canal and eardrum.

If there are problems such as ear blockage, infection or foreign objects, you may be referred to an Ear, Nose and Throat (ENT) Specialist first. This is to ensure that the hearing test results are accurate and not affected by any obstruction.

After that, a tympanometry test will be conducted to assess the function of the middle ear, including the movement of the eardrum and the condition behind it.

The test continues with Pure Tone Audiometry (PTA), which aims to identify the softest sound you can hear. During this test, you will be placed in a soundproof/sound-treated room and wear headphones or insert earphones. You will listen to sounds at various levels of intensity and frequency and be asked to respond by pressing a button or raising your hand each time the sound is heard.

This test usually takes around 30 minutes, depending on the individual’s hearing condition. The results will be shown in the form of an audiogram, which is a graph that depicts your hearing level.

Finally, the audiologist will explain the test results in detail, including the type and level of hearing loss, as well as the appropriate treatment or management recommendations to help your hearing problems.

Hearing Test Cost :

The question of cost or price is often a major consideration before undergoing a hearing test. At Audiolab, we offer affordable prices that are in line with each individual’s needs. The estimated cost for a basic hearing test is around RM100–RM150, depending on the level of examination required.

In addition, we also provide FREE Hearing Aid Trial Sessions. You have the opportunity to try the hearing aids at home for an agreed period, to ensure comfort and suitability before making any decisions. This way, you can make a more confident and accurate choice based on actual usage experience.

In conclusion, maintaining hearing health is very important and should not be taken lightly. Early screening can help detect problems faster and prevent them from becoming more serious in the future.

With the facilities and expertise available, Audiolab Hearing Solutions Sdn Bhd offers comfortable and comprehensive hearing screenings. Take proactive steps today so that you can continue to enjoy life with clearer and better hearing.

____________________________________________________________________________________________________________

Ujian Pendengaran di KL : Bila Anda Perlu Buat Pemeriksaan, Prosedur Ujian dan Kos.

Adakah anda mengalami tanda-tanda seperti kurang jelas mendengar, telinga berdengung, atau sukar memahami percakapan terutama di tempat bising? Masalah pendengaran seperti ini adalah antara tanda awal yang sering diabaikan oleh ramai rakyat Malaysia, terutamanya apabila ia berlaku secara perlahan. Tertanya-tanya sama ada anda sebenarnya ada tanda awal masalah pendengaran? Semak 7 Tanda-Tanda Anda Mungkin Mengalami Masalah Pendengaran.

Oleh itu, anda disarankan untuk menjalani hearing test (ujian pendengaran) bagi mengetahui tahap pendengaran anda dengan lebih tepat.

Audiolab Hearing Solutions merupakan pusat alat bantu dengar dan pusat pendengaran yang menyediakan perkhidmatan lengkap termasuk ujian pendengaran serta konsultasi alat bantu dengar untuk anda atau ahli keluarga anda. Melalui konsultasi ini, audiologis akan menasihatkan sama ada anda perlu atau tidak perlu memakai alat bantu dengar. Seterusnya, pemilihan jenis dan harga alat bantu dengar dibuat berdasarkan keperluan dan bajet anda.

Bagi anda yang berada di Kuala Lumpur, Audiolab Hearing Solutions mempunyai cawangan yang terletak berhadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta berhampiran beberapa hospital swasta terkenal. Lokasinya juga mudah diakses melalui pengangkutan awam seperti bas, teksi dan MRT (Stesen HKL). Untuk keselesaan anda, pelbagai kemudahan mesra pesakit turut disediakan seperti tempat letak kereta, akses kerusi roda, serta persekitaran yang mesra OKU.

Jika anda bukan berada di Kuala Lumpur, anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan pendengaran daripada audiologis bertauliah kami di mana-mana 23 cawangan Audiolab di seluruh Malaysia.

Prosedur Ujian Pendengaran :

Bagaimanakah ujian pendengaran dijalankan?

Ujian pendengaran dijalankan oleh audiologis bertauliah yang berdaftar di bawah Malaysian Allied Health Professions Council. (MAHPC)

Lazimnya, proses ujian pendengaran bermula dengan sesi pengambilan sejarah pesakit, di mana audiologis akan bertanya beberapa soalan ringkas tentang pendengaran anda—contohnya sejak bila masalah bermula, situasi yang sukar untuk mendengar dan sejarah kesihatan telinga.

Maklumat ini penting untuk membantu audiologis menentukan ujian pendengaran yang paling sesuai untuk anda. Seterusnya, audiologis akan melakukan pemeriksaan telinga (otoskopik) untuk melihat keadaan salur telinga dan gegendang telinga.

Jika terdapat masalah seperti telinga tersumbat, jangkitan atau objek asing, anda mungkin akan dirujuk kepada Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) terlebih dahulu. Hal ini bagi memastikan keputusan ujian pendengaran adalah tepat dan tidak dipengaruhi oleh sebarang halangan.

Selepas itu, ujian tympanometry akan dijalankan untuk menilai fungsi telinga tengah, termasuk pergerakan gegendang telinga serta keadaan di bahagian belakangnya.

Ujian diteruskan dengan Pure Tone Audiometry (PTA), yang bertujuan untuk mengenal pasti bunyi paling perlahan yang anda mampu dengar. Semasa ujian ini, anda akan ditempatkan di dalam bilik kalis bunyi (soundproof/sound-treated room) dan memakai headphone atau insert earphone. Anda akan mendengar bunyi pada pelbagai tahap intensiti dan frekuensi dan diminta memberi respons seperti menekan butang atau mengangkat tangan setiap kali bunyi didengar.

Ujian ini biasanya mengambil masa sekitar 30 minit, bergantung kepada keadaan pendengaran individu. Keputusan akan ditunjukkan dalam bentuk audiogram, iaitu graf yang menggambarkan tahap pendengaran anda.

Akhir sekali, audiologis akan menerangkan keputusan ujian dengan terperinci, termasuk  jenis dan tahap masalah pendengaran, serta cadangan rawatan atau pengurusan yang bersesuaian untuk membantu masalah pendengaran anda.

Kos Ujian Pendengaran :

Persoalan mengenai kos atau harga sering menjadi pertimbangan utama sebelum menjalani  ujian pendengaran. Di Audiolab, kami menawarkan kadar harga yang berpatutan dan seiring dengan keperluan setiap individu. Anggaran kos bagi ujian pendengaran asas adalah sekitar RM100–RM150, bergantung kepada tahap pemeriksaan yang diperlukan.

Selain itu, kami turut menyediakan sesi percubaan alat bantu dengar secara PERCUMA. Anda berpeluang untuk mencuba alat bantu dengar di rumah dalam tempoh yang dipersetujui, bagi memastikan keselesaan dan kesesuaian sebelum membuat sebarang keputusan. Dengan cara ini, anda dapat membuat pilihan yang lebih yakin dan tepat berdasarkan pengalaman penggunaan sebenar.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan pendengaran adalah sangat penting dan tidak boleh dipandang ringan. Pemeriksaan awal dapat membantu mengesan masalah dengan lebih cepat serta mencegah ia menjadi lebih serius pada masa hadapan.

Dengan kemudahan dan kepakaran yang ada, Audiolab Hearing Solutions menawarkan pemeriksaan pendengaran yang selesa dan menyeluruh. Ambil langkah proaktif hari ini supaya anda dapat terus menikmati kehidupan dengan pendengaran yang lebih jelas dan berkualiti.