
7 Signs You May Have a Hearing Problem
Hearing is one of the important senses that helps us communicate, understand the environment and live our daily lives well. It is one of the health problems that often occur among Malaysians regardless of age. Therefore, it is important for us to know the early signs of hearing problems so that examination and treatment can be carried out immediately.
Here are 7 signs to look out for.
1. Frequently Asking People to Repeat Conversations
When in a conversation, you often ask others to repeat conversations. For example, you often say “What?” or “Can you repeat that again?”. This may be an early sign of a hearing problem or hearing loss that is starting to occur.
2. Difficulty Understanding Conversations in Noisy Environments
This is the most common early sign experienced by individuals with hearing problems. This condition occurs when you cannot distinguish the voice of the conversation with background noise at the same time. Although you can still hear the sound, the clarity of the conversation is affected and it is difficult to understand especially in noisy places such as restaurants or events.
3. Speak Loudly
For those with hearing problems, they often speak loudly because they cannot hear their own voice clearly. This causes them to unconsciously raise the volume to make sure they are heard.
4. Frequently Raise the ‘Volume’ of the TV or Phone
People around them may complain that the sound of your TV or phone is too loud to the point of being annoying, but for you it is still not clear. This is one of the symptoms of hearing loss that is often noticed by people around them first.
5. Insensitive to Environmental Sounds
This condition occurs when you are no longer aware of the normal sounds around you that were previously easy and always heard. For example, you may not notice the sound of the doorbell, the phone ringing or people calling your name from a close distance. In certain situations, you only notice the sound when it becomes very loud or when told by others.
6. Get Tired Quickly When Talking for a Long Time
This happens because individuals who experience hearing problems need to focus more to understand every word said by others. This causes the brain to work harder to filter out background noise and interpret the message correctly. 7. Avoiding Conversations or Being Less Social Due to difficulty communicating, you may start to avoid social activities, especially in situations involving many people. This can make you feel less confident or worried about being misunderstood in a conversation.
7. Avoiding Conversations or Being Less Social
As a result of difficulty communicating, you may start to avoid social activities, especially in situations involving many people. This can cause you to feel less confident or worry about being misunderstood in a conversation.
Conclusion
Early detection of hearing problems is very important to ensure effective treatment or intervention can be carried out. If you experience symptoms like the ones mentioned, don’t wait until the situation becomes more serious.
____________________________________________________________________________________________________________
7 Tanda-Tanda Anda Mungkin Mengalami Masalah Pendengaran
Pendengaran adalah salah satu deria penting yang membantu kita berkomunikasi, memahami persekitaran dan menjalani kehidupan harian dengan baik. Ia merupakan salah satu masalah kesihatan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia tanpa mengira usia. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengetahui tanda-tanda awal masalah pendengaran supaya langkah pemeriksaan dan rawatan dapat dilakukan dengan segera.
Berikut adalah 7 tanda-tanda yang perlu diperhatikan.
1. Sering Meminta Orang Mengulangi Percakapan
Ketika dalam perbualan, anda sering meminta orang lain mengulangi percakapan. Contohnya, anda kerap berkata “Apa?” atau “Boleh ulang semula?”. Ini mungkin tanda awal masalah pendengaran atau kurang dengar yang mula berlaku.
2. Sukar Memahami Perbualan Dalam Suasana Bising
Ini adalah tanda awal yang paling kerap dialami oleh individu yang mempunyai masalah pendengaran. Keadaan ini berlaku apabila tidak dapat membezakan suara percakapan dengan bunyi latar belakang pada masa yang sama. Walaupun anda masih mendengar bunyi, kejelasan percakapan terjejas dan sukar difahami terutamanya di tempat bising seperti kedai makan atau majlis.
3. Bercakap Dengan Kuat
Bagi yang mempunyai masalah pendengaran, mereka sering bercakap dengan nada kuat kerana tidak dapat mendengar suara sendiri dengan jelas. Ini menyebabkan mereka secara tidak sedar menaikkan kelantangan suara untuk memastikan diri mereka didengari.
4. Kerap Menaikkan ‘Volume’ TV Atau Telefon
Orang sekeliling mungkin mengadu bahawa bunyi TV atau telefon anda terlalu kuat sehingga mengganggu, tetapi bagi anda masih kurang jelas. Ini adalah antara simptom kurang dengar yang sering disedari oleh orang sekeliling terlebih dahulu.
5. Tidak Peka Terhadap Bunyi Persekitaran
Keadaan ini berlaku apabila anda tidak lagi menyedari bunyi-bunyi biasa di sekeliling yang sebelum ini mudah dan selalu didengar. Contohnya, anda mungkin tidak perasan bunyi loceng pintu, deringan telefon atau orang memanggil nama anda dari jarak yang dekat. Dalam situasi tertentu, anda hanya menyedari bunyi apabila ia menjadi sangat kuat atau apabila diberitahu oleh orang lain.
6. Cepat Penat Apabila Berbual Lama
Hal ini terjadi kerana individu yang mengalami masalah pendengaran perlu memberi fokus yang lebih untuk memahami setiap kata yang diucapkan oleh orang lain. Seterusnya mengakibatkan otak perlu bekerja lebih keras untuk menapis bunyi latar dan mentafsir mesej dengan betul.
7. Mengelak Perbualan Atau Kurang Bersosial
Akibat kesukaran berkomunikasi, anda mungkin mula mengelakkan aktiviti sosial, terutamanya dalam situasi yang melibatkan ramai orang. Ini boleh menyebabkan anda berasa kurang yakin atau bimbang tersalah faham dalam perbualan.
Kesimpulan
Pengesanan awal masalah pendengaran adalah sangat penting bagi memastikan rawatan atau intervensi yang berkesan dapat dilakukan. Jika anda mengalami tanda-tanda seperti yang dinyatakan, usah tunggu sehingga keadaan menjadi lebih serius.


