Anxiety at an Aidilfitri Open House: When Hearing Becomes a Challenge
The Aidilfitri season is always synonymous with joy — open houses, laughter, delicious food, and endless visits. However, behind this excitement, there are a few individuals who harbor a feeling that is rarely understood by others: anxiety.
For those who suffer from hearing loss, the atmosphere of an Aidilfitri open house is not just a social gathering. It can be a field full of stress, doubts, and emotional exhaustion.
When Sound Becomes a Burden
Imagine being in a room filled with overlapping sounds of conversation, children playing, the clatter of dishes, background music. For individuals with normal hearing, this may just be a “lively” atmosphere. However, for individuals with hearing loss, all these sounds seem to blend into one making it difficult to distinguish the conversation they want to hear.
They try to focus on one voice, but it is difficult to understand it in a noisy environment.
They try to listen, but only catch fragments of sentences.
And in the end, they just smile… even though they don’t really understand.
Invisible Fear
This anxiety is not just about not listening. It goes deeper than that, including:
- Fear of responding incorrectly
- Fear of giving the wrong answer
- Fear of not realizing when their name is called
- Fear of being considered arrogant for not responding
Over time, this worry builds a form of social anxiety without them realizing it. They start to avoid conversations and sit in a corner to minimize interaction.
Not because they don’t want to socialize — but because they’re too tired to pretend to understand.
Smiles That Hide Feelings
To others, they appear calm because they are still present at the open house, still greeting and smiling.
However, deep down, there is an unspoken feeling of tiredness because every conversation requires double effort. Every response also requires them to guess what is being said.
This problem stemming from hearing leads to another problem, namely lack of self-confidence which leads to the desire to be “normal” in the community.
Hearing Aid: More than Just a Hearing Aid
This is where the importance of using a hearing aid comes in.
Many still consider hearing aids to be just ordinary aids. In fact, they are a bridge — reconnecting a person with the world around them.
With the right hearing aid:
- Sound becomes clearer and more organized
- Conversations are easier to understand even in noisy environments
- Self-confidence increases
- Anxiety decreases
- It is more comfortable to interact with family and friends
It not only helps to hear, but helps a person enjoy happy moments again — including the joy of Aidilfitri. If you often find it difficult to follow conversations in noisy places, it may not just be a factor of the environment. Find out 5 reasons why hearing weakens as you get older and the signs that you should not ignore.
Come back to experience Aidilfitri to the fullest
Aidilfitri should be celebrated with an open heart With sincere laughter. Then strengthen existing relationships.
No one should feel isolated just because of a hearing problem.
If you or someone close to you is experiencing difficulty hearing, it may be time to get a hearing test and consider the appropriate hearing aid.
Every name call, greeting of “Selamat Hari Raya”, and laughter deserves to be heard clearly by everyone so that it is more meaningful.
__________________________________________________________________________________________
Kegelisahan di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri: Apabila Pendengaran Menjadi Cabaran
Musim Aidilfitri sentiasa sinonim dengan kegembiraan — rumah terbuka, gelak tawa, pelbagai juadah yang lazat, dan kunjungan tanpa henti. Namun, di sebalik kemeriahan ini, ada segelintir individu yang menyimpan satu perasaan yang jarang difahami orang lain: kegelisahan.
Bagi mereka yang mengalami masalah pendengaran, suasana open house Aidilfitri bukan sekadar pertemuan sosial. Ia boleh menjadi medan yang penuh tekanan, keraguan dan keletihan emosi.
Apabila Bunyi Menjadi Beban
Bayangkan berada di ruang yang penuh dengan bunyi perbualan bertindih, kanak-kanak bermain, bunyi pinggan mangkuk, muzik latar. Bagi individu dengan pendengaran normal, ini mungkin hanya satu suasana yang “meriah”. Akan tetapi bagi individu yang mengalami masalah pendengaran, semua bunyi ini seolah-olah bercampur menjadi satu sehingga sukar untuk membezakan perbualan yang ingin didengar.
Mereka cuba fokus pada satu suara, tetapi sukar memahaminya dalam suasana yang bising.
Mereka cuba mendengar, tetapi hanya menangkap serpihan ayat.
Dan akhirnya, mereka hanya tersenyum… walaupun tidak benar-benar memahami.
Ketakutan Yang Tidak Kelihatan
Kegelisahan ini bukan sekadar tentang tidak mendengar. Ia lebih dalam daripada itu, antaranya adalah:
- Takut tersalah respons
- Takut memberi jawapan yang tidak tepat
- Takut tidak menyedari bila nama dipanggil
- Takut dianggap sombong kerana tidak menyahut
Lama-kelamaan, kerisauan ini membina satu bentuk social anxiety tanpa sedar. Mereka mula mengelak perbualan dan duduk di satu sudut untuk kurangkan interaksi.
Bukan kerana tidak mahu bergaul — tetapi kerana terlalu penat untuk berpura-pura faham.
Senyuman Yang Menyembunyikan Rasa
Di mata orang lain, mereka nampak tenang kerana masih hadir ke open house, masih bersalam dan tersenyum.
Akan tetapi dalam hati, ada rasa letih yang tidak terucap kerana setiap perbualan memerlukan usaha yang berganda. Setiap respons juga memerlukan mereka meneka apa yang diperkatakan.
Masalah yang berpunca daripada pendengaran ini menjurus kepada masalah lain iaitu kurang keyakinan diri yang membawa kepada keinginan untuk menjadi “normal” dalam komuniti.
Hearing Aid: Lebih Daripada Sekadar Alat Bantu Dengar
Di sinilah pentingnya penggunaan hearing aid.
Ramai yang masih menganggap hearing aid hanyalah alat bantuan biasa. Hakikatnya, ia adalah jambatan — menghubungkan semula seseorang dengan dunia sekelilingnya.
Dengan hearing aid yang sesuai:
- Bunyi menjadi lebih jelas dan tersusun
- Perbualan lebih mudah difahami walaupun dalam suasana bising
- Keyakinan diri meningkat
- Kegelisahan berkurang
- Lebih selesa untuk berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan
Ia bukan sekadar membantu mendengar, tetapi membantu seseorang kembali menikmati saat-saat bahagia — termasuk kegembiraan Aidilfitri. Jika anda sering sukar mengikuti perbualan di tempat yang bising, ia mungkin bukan sekadar faktor suasana. Ketahui 5 sebab pendengaran semakin lemah apabila meningkat usia dan tanda-tanda yang tidak patut diabaikan.
Kembali Merasai Aidilfitri Sepenuhnya
Aidilfitri sepatutnya diraikan dengan hati yang lapang dan tawa yang ikhlas. Seterusnya mengeratkan hubungan yang ada.
Tiada siapa patut merasa terasing hanya kerana masalah pendengaran.
Jika anda atau orang terdekat anda mengalami kesukaran mendengar, mungkin sudah tiba masanya untuk mendapatkan pemeriksaan pendengaran dan mempertimbangkan hearing aid yang sesuai.
Setiap panggilan nama, ucapan “Selamat Hari Raya”, dan gelak tawa layak untuk didengar oleh semua orang dengan jelas supaya ia lebih bermakna.


